Asatizah memainkan peranan penting bagi setiap rombongan haji. Tanggung-jawab terpenting mereka ialah memastikan setiap jemaah dilengkapi dengan ilmu manasik haji sebelum jemaah berangkat.

Mereka membimbing jemaah melalui siri kursus yang ditetapkan. Mereka juga membantu jemaah dari segi bacaan (seperti doa tawaf, sai, dll.) dan menjawab setiap kemusykilan jemaah yang timbul.

HALIJAH Travel mempunyai tiga orang asatizah yang mengajar di tiga buah pusat kursus haji anjuran kami. Mereka adalah:


Ustaz Sawifi Samson
Madrasah Khairiah

Ustazah Siti Mariam Raub
Masjid Al-Istiqamah

Ustaz Mohd Ibrahim
Masjid Ar-Raudhah

Selain daripada barisan asatizah, HALIJAH Travel juga mempunyai tiga orang mutawwif yang bertugas di Tanah Suci. Mereka terdiri daripada (dari kiri) Ustaz Hj Wahyuddin, Ustaz Hj Misran (Ketua), dan Ustaz Hj Hamsani

Tugas khusus mereka ialah membimbing rombongan semasa melaksanakan ibadah tawaf, sai dan berziarah ke tempat-tempat yang bersejarah di kota Makkah dan Madinah.

Mereka juga membantu para asatizah dalam menjalankan kegiatan ibadah di Arafah dan Mina. Ini termasuk memberi ceramah kepada jemaah. Selain daripada itu, mereka juga membantu pihak pengurusan dalam kegiatan harian seperti menghantar jemaah yang sakit ke hospital dan memastikan urusan bas ke tempat Umrah dan ziarah.