Sekali lagi, kami telah berjaya menganjurkan program exclusive praktikal haji di Masjid Jamek, Pasir Gudang pada hari Sabtu, 10 & Ahad, 11 November 2001.


Jemaah sedang berkumpul mengikut kumpulan di Masjid Darul Aman sebelum berangkat ke Pasir Gudang

Jemaah sedang mendengar ceramah di Masjid Jamek

Latihan tawaf

Tujuan program ini adalah untuk menghasilkan jemaah yang lengkap dengan pengetahuan manasik haji dan berdisiplin tinggi agar mudah menyesuaikan diri pada keadaan di Tanah Suci dan tabah menghadapi setiap dugaan dan cabaran.

Hampir kesemua jemaah Haji 2002 kami telah mengikuti program tersebut. Alhamdulillah, ramai yang berpendapat program ini banyak membantu mempersiapkan jemaah secara mental dan fisikal untuk menjalani ibadah haji dengan seberapa sempurna yang boleh.

Setelah mengikuti kursus haji yang meliputi fardhu ‘ain dan manasik haji buat beberapa bulan, peserta berpeluang pula untuk mempraktikan ilmu dan amalan yang telah ditimba.

Program diatur agar bakal jemaah benar-benar faham dan jelas tentang amalan-amalan serta hukum ibadah haji sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Mereka juga diberi tunjuk ajar tentang amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan semasa berada di Tanah Suci.

Walaupun hujan telah turun pada beberapa ketika, namun ia tidak mematahkan semangat peserta yang terus giat mengikuti program seperti yang telah dirancangkan.

bersambung