Antara lain, peserta program telah dilatih dan ditunjuk ajar:
  • bertawaf mengelilingi model kaabah
  • bersai’
  • melontar jamrah (batu-batu dikutip di sebelah malam dengan menggunakan lampu suluh kecil, mirip keadaan di Mudzalifah!)
  • bermalam di dalam khemah
  • berwukuf
  • bergerak dan melakukan kegiatan-kegiatan tertentu secara kumpulan seperti yang bakal dijalankan di musim haji

Kami bersyukur kerana maklum balas peserta program ini amatlah menggalakkan. Ramai berpendapat program ini banyak memberi gambaran yang lebih jelas tentang keadaan yang bakal dilalui kelak.

Peserta program juga telah bermurah-hati menyumbangkan derma yang telah diagihkan seperti berikut:
Masjid Jamek, Pasir Gudang: S$1156 & RM250
Rumah Anak Yatim Darul Hanan: S$698 & RM5800
Tabung Derma Jemaah Haji HALIJAH 2002: S$200