![]() |
|
|
|
10|
Wisata Bersama Halijah Travel- Cairo
Cairo dan kawasan di sekitarnya disifatkan ramai sebagai nadi Mesir. Semua yang ada di Cairo melambangkan kehidupan di Mesir. Ini termasuklah kawasan Piramid dan tugu-tugu sejarah Islam dan Kristian yang lain. HALIJAH TRAVEL menyediakan pakej 9 hari ke Cairo and kawasan berhampirannya iaitu Sinai, Iskandariah dan Fayoum. Antara
tempat yang pertama dikunjungi mestilah kawasan Piramid yang amat menakjubkan.
Rekabentuk tiga segi peninggalan sejarah zaman Firaun ini masih
berjaya menarik pelancong dari segenap pelusuk dunia. Dalam perjalanan, pengunjung akan singgah menyaksikan kolam air panas Ayoun Mousa dan kemudian menikmati pemandangan indah sambil makan tengahari di restoran di persisiran Laut Merah. Anda
juga boleh mengunjungi makam Nabi Saleh serta Nabi Haron. Perjalanan akan terus diperkaya dengan lawatan-lawatan ke tempat-tempat bersejarah, khususnya di Iskandariah dan Fayoum. Di Iskandariah terdapat makam Nabi Daniel dan makam Loqman Al Hakim; sementara di Fayoum anda boleh melihat Tasik Karun. Pendek
kata, kunjungan anda ke Cairo dan kawasan sekitarnya pasti menjanjikan
kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan. Ayuh jangan ketinggalan. |
|
|