6| Keperluan Pendaftaran Haji & Umrah

Maklumat ini adalah untuk jemaah yang ingin mengerjakan Umrah atau Haji dari Singapura.

Visa Haji atau Umrah hanya akan dikeluarkan kepada warga Singapura, penduduk tetap (Permanent Resident) atau pemegang pas pekerjaan (Employment Pass/Work Permit) atau pas tanggungan (Dependent Pass).

Permohonan Visa Haji adalah melalui Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Ejen Penjualan (GSA) yang telah diluluskan MUIS untuk menjual pakej-pakej Haji bagi tahun tersebut. Jemaah mesti mendaftar dengan pihak MUIS terlebih dahulu untuk mendapatkan kuota haji. Jemaah juga dibenarkan mendaftar melalui pihak agensi. Untuk pendaftaran kuota haji, harap bawa kad pengenalan dan wang $208 yuran pendaftaran MUIS.

Permohonan Visa Umrah adalah melalui salah satu Ejen Pelancongan Singapura yang telah berdaftar dan diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Arab Saudi.

Ada beberapa dokumen dan syarat yang dikehendaki sewaktu permohonan Visa. Justeru itu, jemaah diminta supaya menyediakan keperluan ini sewaktu membuat pendaftaran Haji atau Umrah di pejabat kami.

Paspot
• Butir-butir paspot seperti nombor paspot, tarikh dikeluarkan, tarikh tamat tempoh dan tarikh lahir diperlukan.
• Paspot mesti berlaku (valid) sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh keberangkatan.
• Paspot harus mengandungi 6 muka surat kosong.
• Gambar paspot anak-anak perlu diperbaharui jika ia tidak menggambarkan wajah yang terkini.

Penduduk Tetap / Pemegang Pas

• Salinan kad pengenalan biru atau kad hijau dikehendaki. Jemaah perlu membawa kad hijau pada hari keberangkatan untuk pemeriksaan pihak imigresen Singapura.

Exit Permit

• Jemaah lelaki yang perlu exit permit, diminta memohon terlebih dahulu sebelum keberangkatan.

Jemaah Wanita: Visa Umrah

• Untuk visa umrah, jemaah wanita di bawah 45 tahun perlu ditemani mahram (suami, ayah, anak lelaki, adik-beradik lelaki, dll). Salinan dokumen yang membuktikan pertalian (surat nikah, sijil kelahiran) diperlukan. Anak lelaki yang menjadi mahram harus berumur 17 tahun ke atas untuk menemani ibu.
• Jemaah wanita yang berumur 45 tahun keatas boleh pergi tanpa mahram tapi perlu mendapat keizinan bertulis (handwritten) dan menyertakan salinan dokumen yang membuktikan pertalian.

Foto
• 4 keping gambar diperlukan - 2 untuk pengurusan Visa, 1 untuk lencana nama (pilgrim pass), 1 untuk borang pendaftaran HALIJAH TRAVEL. Latar belakang gambar harus cerah dan tidak berwarna gelap.

Suntikan

• Suntikan radang otak (Meningitis ACYW135) adalah wajib. Suntikan bagi Influenza digalakkan untuk jemaah Haji. Suntikan boleh dilakukan di kebanyakan klinik atau hospital swasta dan kerajaan.

Waris
• Butir-butir waris (nama, nombor talipon, pertalian) diperlukan untuk memberi maklumat perjalanan jemaah kepada waris atau rujukan sewaktu kecemasan.

Jemaah diminta menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat sebulan sebelum keberangkatan. Ini adalah untuk memperlicinkan permohonan visa dan urusan-urusan yang bersangkutan.