|
Allahyarham
Hj Salbini Bin Suib atau lebih dikenali sebagai Pak Jamil merupakan
ketua pegawai katering HALIJAH di Tanah Suci. Antara lain, beliau
bertanggungjawab mendapatkan semua bekalan dapur bagi menyajikan
hidangan jemaah sewaktu musim Haji dan Umrah. Beliau senantiasa
ceria apabila melakukan tugas dan disenangi ramai jemaah.
Beliau telah berkhidmat selama sepuluh tahun dengan HALIJAH TRAVEL.
Allahyarham telah meninggal dunia pada 23 July 2002.
|
Allahyarham
Hj Mustapha Bin Abdul Rani telah berkhidmat lebih lapan tahun
sebagai pegawai Haji dan Umrah HALIJAH TRAVEL. Seorang yang periang
dan berdedikasi apabila bertugas, beliau merupakan salah seorang
dari tiga ahli keluarga yang telah lama bertugas sebagai pegawai
HALIJAH. Allahyarham telah meninggal dunia pada 18 August 2002.
|