![]() |
|
|
|
9| Acara Maulid 03
Acara tahunan yang dipelopori HALIJAH TRAVEL ini masih giat dijalankan. Buat julung-julung kalinya, ia telah diadakan di Tanjung Pinang dan tidak di Batam seperti tahun-tahun yang sudah. Ini bertujuan untuk meluaskan lagi jaringan sambutan maulid dan penghuluran bantuan. Namun program tahunan ini akan berlangsung silih berganti antara Batam dan Tanjung Pinang. Pada 18 dan 19 Mei 2002, rombongan HALIJAH TRAVEL yang terdiri dari 320 orang telah kerkunjung ke Kampong Sido Mulyo, Tanjung Pinang. Paluan kompang dan sambutan mesra telah menyambut kedatangan peserta acara maulid tersebut. Sambutan diserikan juga dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar dan anak-anak yatim dari Yayasan Bina Insani Kampong Sido Mulyo. Ustaz Drs Burhanuddin, Pengetua Yayasan, kemudian menyampaikan syarahan sesuai dengan sambutan maulid pada hari itu.Para peserta kemudian disajikan hidangan makanan ala kampong yang lazat seperti rendang, ayam goreng kampong, ulam-ulam dan air kelapa muda. Seperti tahun-tahun yang sudah, para peserta telah bermurah hati menghulurkan derma. Sebanyak S$6651 telah diperolehi pada hari tersebut. Dikumpulkan dengan S$3917 ihsan syarikat dan pegawai Haji/Umrah HALIJAH TRAVEL, serta derma orang perseorangan, jumlah sepenuh S$10,568 telah disalurkan kepada Madrasah, Masjid serta Dana Pembangunan Asrama Anak Yatim Yayasan Bina Insani, Kampong Sido Mulyo. Semoga Allah swt memberkati usaha murni kita ini. Program
maulid tahun ini akan diadakan pada 17 dan 18 Mei 2003 di Batu Besar,
Batam. Kami pasti anda sekalian, terutama sekali peminat setia acara
maulid tahunan ini, akan turut serta menjayakan program ini. |
|
|