![]() |
|
|
|
8| Al-Nakheel- Runtuhnya sebuah Ikon
Sebut sahaja Al Nakheel, ramai pengunjung ke Masjid Nabawi pasti tahu di mana terletaknya hotel ini. Maklumlah kedudukannya yang begitu strategik sekali, bersebelahan Masjid Nabawi dan berhadapan perkuburan Baqi. Jarak dari hotel ke pintu Masjid Nabawi sekitar 200 langkah. Bagi yang bermasalah dan berkerusiroda, permukaan jalan yang rata dan sempurna dari hotel ke masjid pasti tidak membebankan perjalanan. Hotel ini ada keistimewaan yang tersendiri. Bagi mereka yang berkesempatan untuk menjenguk, pemandangan Masjid Nabawi dan kawasan sekeliling dari roof-top amatlah hebat, lebih-lebih lagi waktu matahari terbenam. Apabila ditempatkan di villa hotel pada musim haji, pegawai HALIJAH pasti tidak melepaskan peluang duduk di roof-top sambil menikmati pemandangan yang indah dan keadaan sekeliling yang tenang. Bagi kami di HALIJAH TRAVEL, Al Nakheel sudah macam rumah sendiri di Madinah. Para pekerja yang sentiasa manis muka dan bersedia beri khidmat membuat kehadiran kita terasa disenangi. Ikatan ukhwah yang terjalin di antara pihak pengurusan HALIJAH TRAVEL dengan Al Nakheel sejak awal 80an lagi, terbukti tetap utuh hingga kini. Jadi tidak hairanlah jika kami merasa sedih bila diberitahu Al Nakheel akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek keluasan Masjid Nabawi selepas musim haji 2003. Malah kehilangan Al Nakheel juga dirasakan oleh jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang pernah tinggal di sana ketika berada di Madinah. Selamat Tinggal Al Nakheel, Terima Kasih di atas Kenangan Manis yang tidak mungkin dilupakan .
|
|
|