4| Sumbangan Jemaah

Adab di Baitullah - Buat Renungan Bersama


Adab di Baitullah - Buat Renungan Bersama
Bila sudah terlewat ke masjid, ada kalanya kita terlupa tentang adab. Kita tolak-menolak, hatta antara kaum lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ini kan boleh diatasi? Kalau kita pergi awal sedikit, maka tak perlulah tergopoh-gapah dan tak payah tolak-menolak. Dan………. Tak perlulah melanggar adab.

Bila kita sudah mendapat tempat di masjid, datang jemaah yang lambat mencari tempat. Yang duduk enggan berganjak, hatta sejengkal pun kerana tamakkan “keselesaan”. Hai, tak kan tak boleh berkongsi tempat dengan yang lain? Janganlah terlalu pentingkan diri sendiri. Bukankah ini mencerminkan adab yang kurang baik?

ADAKAH ANDA SEBEGINI?

-dari kacamata seorang pemerhati

Jemaah terbagi kepada 3 golongan:
Golongan pertama: Jemaah Dalaman - ke masjid awal, cari ruang solat yang boleh nampak Kaabah atau paling baik berdepan dengan Kaabah, tidak bersama dengan suami/isteri di ruang yang sama; suami solat di ruang pria dan isteri solat di ruang wanita dan tak pernah dimarahi/dihalau oleh pegawai masjid kerana memasuki ruang pria atau wanita.

Golongan kedua: Jemaah Pinggiran - ke masjid agak lewat, cari ruang di bahagian yang jauh daripada Kaabah (Masjidil Haram) dan di daerah dinding dekat pintu keluar (Masjid Nabawi) (kebanyakannya jemaah pria).

Golongan ketiga: Jemaah Atasan/Luaran - kalau di Masjidil Haram suka solat di tingkat atas (kadang-kadang bersama suami/isteri) dan solat di luar masjid di Masjid Nabawi dengan alasan tingkat atas lebih banyak ruang kosong dan tidak panas dan boleh balik tidak bersesak-sesak (Makkah) dan mudah balik ke hotel (Madinah).

PERSOALAN: Anda dalam golongan yang mana?