SiteMap About Us Tours Honeymoon Back to Main
About Us
Praktikal Haji 2001
Hujan yang turun di Pasir Gudang pada petang hari Sabtu, 6 Januari 2001, tidak mematahkan semangat peserta program praktikal Haji ini. Sejak tahun 1993, inilah pertama kali hujan telah turun agak lebat sedikit. Mungkin Hujan yang membawa Rahmat. Namun program telah berjalan dengan lancar pada kedua-dua hari. Syukur Alhamdulillah.

Halijah Travel, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) dan jawatankuasa Masjid Jamek Pasir Gudang, telah menganjurkan program praktikal haji khusus untuk jemaah yang akan mengikuti pakej haji kami pada 2001 ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan gambaran suasana yang bakal dialami jemaah-jemaah haji di tanah suci kelak dan mengadakan peluang untuk para jemaah mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang mengikuti kelas-kelas manasik haji. Jemaah dari kesemua pusat (kursus haji anjuran kami) juga telah dapat berkenalan sesama sendiri.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta program yang telah menderma dengan murah hati. Wang yang dikumpulkan telah diagihkan seperti berikut:


Rumah Anak Yatim Darul Hanan SGD 2409.21, RM 1250,
Barang-barang dapur sejumlah RM 255
  [sumbangan pegawai Haji/Umrah HALIJAH,
juga $639.21 yang dijumlahkan bersama kutipan]
Masjid Jamek Pasir Gudang RM 1934
Masjid Taman Cendana RM 1000

Sekitar program praktikal haji 2001- lihat gambar

About Us | Haj & Umrah | Tours | Honeymoon | Sitemap
© 1997-2007 Halijah Travel | Terms & Conditions