SiteMap About Us Tours Honeymoon Back to Main
About Us
Program Praktikal Haji
Matlamat program tahunan exclusive ini adalah memberi kesedaran dan mempersiapkan bakal Tetamu Allah secara mental dan fisikal.

Sesi praktikal ini amat berguna bagi semua, khusus nya bagi mereka yang belum berpeluang ke Tanah Suci. Kursus amali ibadah Haji 2 hari 1 malam yang dianjurkan oleh Halijah Travel diatur agar bakal jemaah benar-benar faham dan jelas tentang amalan-amalan serta hukum ibadah Haji sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Oleh kerana ianya disusun dengan begitu rapi dan teratur dalam suasana semirip keadaan di Tanah Suci, para bakal jemaah boleh mengambil peluang di sesi tersebut untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan mengenai apa jua keraguan yang mungkin timbul.

Antara sesi praktikal yang diadakan:



bertawaf keliling model kaabah

bersai ( bagi jemaah yang tidak larat, siap ditolak atas kerusi roda oleh pegawai)


melontar jamrah ( batu-batu dikutip di sebelah malam dengan menggunakan lampu suluh kecil, mirip keadaan di Mudzalifah)

bermalam dikhemah

bergerak dan melakukan kegiatan-kegiatan tertentu secara kumpulan
seperti yang bakal dijalankan di musim Haji


Semoga program praktikal Haji ini dapat membantu bakal Tetamu Allah mencapai matlamat Haji Mabrur, Insya'Allah.

About Us | Haj & Umrah | Tours | Honeymoon | Sitemap
© 1997-2010 Halijah Travel | Terms & Conditions