Halijah Travel
Mengenai Kursus Haji Umrah

Mengenai Kursus Haji/Umrah

Pentingnya Kursus Haji & Umrah
Mengikuti kursus sebelum menunaikan Haji & Umrah penting demi memastikan ibadah kita sempurna. Sebaik-baiknya bakal jemaah sudah faham dengan sebahagian besar daripada rukun, wajib, sunat & makruh Haji/Umrah.

Kami di Halijah Travel amat prihatin dalam memastikan bakal-bakal tetamu Allah dibantu sebanyak yang boleh. Dari masa ke masa kami mempertingkatkan bahan-bahan mengajar kami agar para jemaah mudah menghayati ilmu-ilmu tersebut.

Contohnya:
menggunakan buku panduan ibadah Haji (Menyahut Seruan Ilahi) & Umrah (Doa-doa Dalam Ibadah Umrah) dan beberapa buku ibadah sampingan yang lain susunan pembimbing kursus, Ustaz Sawifi Samson, yang berpengalaman lebih 18 tahun membimbing jemaah Haji & Umrah

  • menggunakan berbagai alat multi-media dalam penyampaian kursus
  • menerapkan kursus Fardhu 'Ain sambil mengajar manasik Haji
  • menganjurkan ceramah-ceramah untuk menyiapkan jemaah secara mental dan fisikal, seperti Ceramah Haji Mabrur, mengundang doktor perubatan untuk memberi nasihat perubatan dan kakitangan penerbangan untuk memberi taklimat penerbangan
  • menganjurkan kursus praktikal ibadah Haji untuk menyediakan latihan yang menyerupai suasana ibadah Haji seperti berwukuf di Arafah, tawaf, sai, melontar jamrah hingga ke mengutip batu di "Mudzalifah"!

© 1997-2017 Halijah Travel Pte Ltd | Terms and Conditions

likeus_FB

^