Halijah Travel
Profil Pengasas Halijah

AL-FATEHA

DALAM KENANGAN

Waktu bekerja di jabatan imigresen lapangan terbang Paya Lebar Singapura, beliau menjadi pegawai sukarela kebajikan seorang syekh haji yang terkemuka di Singapura.

Beliau kemudian bertukar tugas dan menjadi egen pengurusan darat dengan Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Singapura (SATS).

Pertama kali menunaikan haji pada 1979, biaya perjalanan dibantu oleh ayahnya yang baru bersara. Beliau gigih membantu jemaah di tanah suci dan apabila kembali beliau semakin giat berkhidmat.

Pada 1981, berhenti kerja dan menceburi bidang haji sepenuh masa. Ketika itu beliau bergabung tenaga dengan beberapa orang dan memperkenalkan beberapa pembaharuan untuk meningkatkan mutu khidmat haji.

Pernah dipilih untuk menyertai rombongan MUIS sebagai wakil syekh-syekh haji Singapura untuk meninjau dan berunding dengan pihak Muassasah di Makkah bagi pengurusan jemaah haji Singapura di tanah suci.

Berjaya menarik minat ramai anak-anak muda sehingga terbentuk satu kumpulan petugas haji yang terbukti berdedikasi serta sanggup menghabiskan masa-masa mereka dengan menabur bakti kepada jemaah haji secara sukarela.

Menubuhkan Halijah Travel Pte Ltd pada 1991, menggunakan nama aslinya demi mewujudkan identiti tersendiri.

Meninggal dunia pada 13.2.97. (10 tahun Dalam Kenangan - BH 13 Feb 2007)

newspapercuts


© 1997-2017 Halijah Travel Pte Ltd | Terms and Conditions

likeus_FB

^