Halijah Travel
Profil Syarikat
Al-fateha

Allahyarhamah Hajjah Halijah A H Almunawarrah

Halijah Travel telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1991 oleh pengasas syarikat, Allahyarhamha Halijah Abdul Hamid.

Sebelum penubuhan syarikat ini Allahyarhamha telah pun berpengalaman menguruskan pakej Haji dan Umrah semenjak tahun 1979. Berbekalkan pengalaman selama 18 tahun, Halijah Travel telah pun berjaya menguruskan perjalanan lebih daripada 25 ribu pelanggan daripada berbagai lapisan masyarakat yang mengikuti pakej-pakej Haji, Umrah, Ziarah dan Wisata.

Dengan tradisi kepimpinan yang terbukti cemerlang, kemasyhuran nama Halijah Travel telah pun tercipta semenjak tahun 1979. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jemaah-jemaah dari Cina, Hongkong, Cambodia, Australia, Malaysia dan Indonesia telah turut mengikuti rombongan Halijah Travel menunaikan Haji dan Umrah.

Alhamdulilah Halijah Travel telah berjaya melakarkan program yang dapat memenuhi amanah dan citarasa para jemaah yang ingin menunaikan ibadah di dalam keadaan yang selesa.

Walaupun pengasas Halijah Travel telah kembali ke Rahmatullah, namun khidmat syarikat tidak terjejas. Malah motto Berkhidmat Untuk Keredhaan berterusan walaupun pucuk pimpinan bertukar tangan kerana pihak pengurusan ingin menghidupkan amanah dan tradisi Halijah yang ingin melahirkan tetamu Allah yang berilmu, berdikari dan cemerlang.

Selain daripada pucuk pimpinan yang berwibawa, Halijah Travel juga didukung oleh barisan pegawai Haji dan Umrah seramai 70 orang. Dengan pengalaman yang luas, barisan pegawai tersebut telah bersama membantu menyempurnakan niat para jemaah menyahut Seruan Ilahi beribadah di Tanah Suci.

Sesuai dengan motto dan prinsip syarikat, Halijah Travel akan senantiasa berusaha Berkhidmat Untuk Keredhaan.

Anugerah Kami


© 1997-2017 Halijah Travel Pte Ltd | Terms and Conditions

likeus_FB

^